Monday, July 22, 2019

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEPANG TAHUN 2019

18 Julai 2019, Khamis - Karnival Pendidikan Kerjaya Daerah Sepang telah dijalankan bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi bertujuan memberikan pendedahan kepada murid-murid khususnya Tingkatan 5 peluang melanjutkan pengajian yang lebih tinggi selepas tamat sekolah nanti. Penyertaan yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah itu dimulakan dengan perasmian oleh Timbalan Pegawai PPD Sepang Tuan Haji Mutalib bin Tomran diikuti dengan taklimat kerjaya dan tatacara menghadiri temuduga oleh pihak MSU. Karnival juga dimeriahkan dengan tayangan video IPTA/IPTS yang terdapat di Malaysia, penyertaan 18 booth IPTS dan 5 foodtruck. Aktiviti bersama Kidzania turut dijalankan bagi memastikan murid-murid sekolah rendah diraikan sepanjang karnival ini. Semoga murid-murid mendapat manfaat daripada karnival yang dianjurkan.





















No comments:

Post a Comment