Tarikh : 15 November 2019
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Tempat : Hype Motorsport Nilai, Negeri Sembilan
Majlis Hitea telah diadakan bertujuan meraikan guru bimbingan dan kaunseling yang telah banyak menyumbang dalam menjayakan program dan aktiviti tahun 2019 di daerah Sepang. Seramai 58 guru kaunseling yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah telah hadir bagi memeriahkan majlis. Pelbagai aktviti telah dijalankan antaranya cabutan bertuah, nyanyian, montaj, anugerah dan sebagainya. Semoga program seumpama ini dapat membina ukhuwah yang berpanjangan dikalangan guru bimbingan dan kaunseling daerah Sepang.