Tuesday, May 14, 2019

PENGURUSAN KONFLIK DALAM ORGANISASI

Pada 14 Mei 2019, selasa - Majlis Guru Kauseling Daerah Sepang telah menganjurkan program Pengurusan Konflik Dalam Organisasi di Bilik Gerakan SMK Seri Sepang .

Tuan Haji Mohamad Shamshul Bin Shahid, Penolong PPD Bimbinga Kaunseling & Kerjaya Murid telah menyampaikan sedikit taklimat pengurusan B&K. Antaranya ialah:


  • Akan adanya Program Malaysian Future Leader School (MFLS). Program ini adalah merupakan gantian kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program selama 3bulan diubahsuai kepada 10 hari dan untuk program MFLS guru juga perlu mengikut murid.
  • Simposium PRS Kebangsaan akan dilaksanakan di Kelantan pada bulan April dan tindakan oleh SMK Putra Perdana 
  • Program Adiwira - maklumkan bahawa tidak termasuk 2hari dan 5 minggu SOP lawatan. (paling lewat 2minggu untuk hantar permohonan estrip)
  • Penghantaran Laporan Ziarah Cakna - Fasa 1 pada 21 Mei 2019 (5 lawatan), Fasa 2 pada 21 Oktober 2019 (10 lawatan).
  • Penghantaran Laporan Aktiviti /program Fasa 1 pada 14 Jun 2019 (3 laporan), Fasa 2 pada 21 Oktober 2019 (3 laporan juga).
  • Rayuan bersekolah semula - Sekolah Menengah yang terlibat diminta mengambil tindakkan.
  • ProMaju Mas (Program Minda Maju Menjulang Akedemik Sepang) - Diteruskan. Digalakkan untuk murid tahun 6 .
  • Program LIPS - Program untuk membantu calon peperiksaan.
  • Pemantauan / Kunjung Bantu akan dilaksanakan dan senarai sekolah telah dinyatakan dan sekolah yang terlibat diminta bersedia dan sediakan penilaian Kendiri 3 bulan sekali.
  • Pembentangan Amalan Terbaik B&K - 23 Julai 2019.
  • Diminta juga GBKSM buat kajian tindakan untuk meningkatkan markah pernilaian kendiri.
  • Tn. Hj Shamshul juga mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada penerima anugerah pada hari sambutan Hari Guru di Kipmall, Kota Warisan 



Program diteruskan dengan taklimat Pengurusan Konflik Dalam Organisasi oleh Penceramah jemputan - Dr Meriam Omardin. Beliau lahir 70 tahun yang lalu dan membesar di Kuala Kangsar, Perak. Sejarah pendidikan beliau , Ijazah pertama B Sc Perniagaantani di UPM, Ijazah Sarjana Psikologi di IKM dan PhD Psikology di UIAM ( Pengkhususan di Kemurungan dan Kebimbingan). Beliau perkhidmat dengan Felda hingga berumur 45 tahun dan beliau juga berkhidmat sebagai Pensyarah Sambilan di UMS, Um & UPM serta Pensyarah sepenuh masa di UIAM. Beliau mula Membuka Pusat Perundingan Persedirian Bernama Access Counseling Services pada tahun 1998.







Tn. Hj Shamshul menyampaikan Sijil Penghargaan Kepada Penceramah Dr. Meriam Omardin