Monday, December 14, 2020

PERTANDINGAN MADAH INTELEK PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEKOLAH RENDAH DAERAH SEPANG 2020

 








Pada 1 Disember 2020, Selasa - PPD Sepang bersama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepang telah menganjurkan Pertandingan Madah Intelek Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi sekolah rendah daerah Sepang.

Tujuan pertandingan ini adalah bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan ahli PRS. Pertandingan PRS ini diilhamkan bagi melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mempunyai ketokohan di peringkat sekolah rendah.







KEPUTUSANNYA...



Monday, November 18, 2019

Majlis Hitea MGKK Sepang Tahun 2019

Tarikh  : 15 November 2019
Hari     : Jumaat
Masa    : 2.30 petang - 5.30 petang
Tempat : Hype Motorsport Nilai, Negeri Sembilan

Majlis Hitea telah diadakan bertujuan meraikan guru bimbingan dan kaunseling yang telah banyak menyumbang dalam menjayakan program dan aktiviti tahun 2019 di daerah Sepang. Seramai 58 guru kaunseling yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah telah hadir bagi memeriahkan majlis. Pelbagai aktviti telah dijalankan antaranya cabutan bertuah, nyanyian, montaj, anugerah dan sebagainya. Semoga program seumpama ini dapat membina ukhuwah yang berpanjangan dikalangan guru bimbingan dan kaunseling daerah Sepang.












Monday, July 22, 2019

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEPANG TAHUN 2019

18 Julai 2019, Khamis - Karnival Pendidikan Kerjaya Daerah Sepang telah dijalankan bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi bertujuan memberikan pendedahan kepada murid-murid khususnya Tingkatan 5 peluang melanjutkan pengajian yang lebih tinggi selepas tamat sekolah nanti. Penyertaan yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah itu dimulakan dengan perasmian oleh Timbalan Pegawai PPD Sepang Tuan Haji Mutalib bin Tomran diikuti dengan taklimat kerjaya dan tatacara menghadiri temuduga oleh pihak MSU. Karnival juga dimeriahkan dengan tayangan video IPTA/IPTS yang terdapat di Malaysia, penyertaan 18 booth IPTS dan 5 foodtruck. Aktiviti bersama Kidzania turut dijalankan bagi memastikan murid-murid sekolah rendah diraikan sepanjang karnival ini. Semoga murid-murid mendapat manfaat daripada karnival yang dianjurkan.





















LAWATAN KERJAYA KE MABA SUBANG, SELANGOR

20 Jun 2019, Khamis - Seramai 8 orang guru kaunseling telah mengikuti lawatan ke Malaysia Airlines Berhad Academy bertempat di Subang, Selangor. Program dimulakan dengan taklimat bidang kerjaya sebagai juruterbang oleh pihak MABA dan risiko-risiko serta faedah menjadi seorang juruterbang. Program diteruskan dengan guru kaunseling














merasa sendiri pengalaman mengendalikan pesawat menggunakan simulator yang terdapat di MABA. Tahniah diucapkan semoga pengalaman yang ditimba dapat dikongsi dengan murid-murid di sekolah daerah Sepang khususnya.